stam.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU ABD. MALIK
SK Tunku Abd. Malik, 09000 Kulim, Kedah. Tel : 044907591, Faks :
e-mel : stam@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PAUTAN | BUKU PELAWAT |

SEJARAH SEKOLAH


Halaman Depan Sekolah

Pejabat sekolah

Sekolah ini telah dibuka dengan rasminya pada tahun 1962 oleh YTM Tunku Abdul Malik, Raja Muda Kedah. Nama sekolah ini juga adalah sempena mengambil nama YTM Tunku.

 Pada tahun 1962 sekolah ini mempunyai 2 blok bangunan satu tingkat dengan 16 bilik darjah. Bilangan murid pada masa itu ialah seramai 867 orang dengan 26 orang guru termasuk Guru Besar. Sekolah ini diadakan 2 sesi, pagi /petang.

 

Bilik Mesyuarat

Perpustakaan sekolah

Sejak mula dibuka hingga tahun 1985 sekolah ini tidak mempunyai bilik perpustakaan khas, hanya sebuah bilik darjah yang di ubahsuaikan menjadi bilik perpustakaan. Oleh kerana dari setahun ke setahun bilangan murid-murid sekolah ini kian bertambah, Kementerian Pelajaran telah meluluskan untuk diadakan bangunan tambahan pada tahun 1980, dan sehinng bulan Mac, tahun 1985 barulah projek ini dilaksanakan, iaitu bangunan 3 tingkat dengan 19 bilik darjah dan projek ini siap pada Disember 1985.

 Mulai awal tahun 1986, 3 buah bilik di bangunan baru itu telah dijadikan Bilik Pusat Sumber Sekolah dimana bilik ini termasuklah bilik Alat Pandang Dengar (APD) dan Bilik Perpustakaan.

 


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: